Tuesday, 9 February 2016
Dia yang menjaga waktu solatnya.
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Bermulalah kisahku di tahun 6, yang tidak mengenal erti cinta. Tetapi mula meminati seseorang lelaki yang menjaga solatnya.
Allah. Aku mengenali dirinya di tahun 6, di sekolah rendah agama. Kami satu kelas. Sebelum ini aku tahun 2-5 aku duduk di kelas terakhir dan kedua terakhir. Allah. Kini aku baru nampak dengan jelasnya aku ini jahil ilmu agama. Ampuni aku ya Allah mengabaikan ajaranMu. Melbihkn pelajran dumiawi. Allah, sepatutnya aku sedar dari dulu lagi. Sekarang, nak menyesal pun xguna. Ampuni aku ya Allah, hamba berdosa lagi hina. Dgn sedikit usaha dan kekuasaanmu ya Allah, entah macam mana, di tahun 5 aku belajar lebih sikit, aku dapat naik kelas di tahun 6. Jadi dapat kelas ketiga.
Tahun 6, aku mulai jejak masuk ke kelas ketiga. First time merasa duduk di kelas pandai. Sedangkan aku tidak pandai. Suasana pelajarannya lain dari kelas2 belakang.
Tapi, aku bersyukur dengan limpah rahmatnya yang telah mencampakkan aku di kelas terakhir dan kini aku di kelas ketiga, aku nampak hikmah yang Allah beri, iaitu supaya aku dapat bezakan suasana pelajran dan dapat jadi lebih bersyukur semasa saat di bawah dan kini berada diatas. Tidaklah Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Perancangan Allah itu hebat. Alhamdulillah sedikit sebanyak ia melatih aku jadi hamba bersyukur.
Jujurku katakan, dalam kelas tu aku paling cetek ilmu. Keputusan paling rendah. No last di dalam kelas. Sebab aku tmemang ak pandai agama. Bila difikirkan balik, ruginya aku. Tak menghargai masa mudaku. Allah. Allah. Ampuni aku. Andai aku boleh lari masa lalu. Akanku lari dan betulkan semula. Allah :'( Aku hamba hina lagi berdosa. Ampuni aku ya Allah.
Kembali pada lelaki yang ku minati, namanya MHA. Setiap kali aku balik sekolah agama. Aku tunggu bas berhampiran sebuah masjid. Sebab sekolah kami betul2 depan masjid. Dan dari situlah setiap petang aku melihat dia, MHA menunaikan solatnya. Sedangkan aku? Masih lalai diambang dunia. Menunggu waktu pulang rumah baru hendak solat. Mungkin sampai dalam pukul 6.45 atau 7. Allah berdosanya hamba. Ampuni hamba.
Aku meminati dan mula menyukainya sebab dia menjaga solatnya. Hampir setiap hari aku melihat dia solat smntra menunggu ayahnya sedangkan aku tidak solat dan hanya bermain2 dgn kwn2 aku. Berdosanya aku. Allah.
Dia juga menghiraukan aku di dlam kelas. Kurang bercakap dgn perempuan. Tapi itulah yang menarik perhatianku. Tapi perkenalanku hanya sementara. Tahun 6 pun habis. Dan aku dengar cerita dia dah pindah rumah. Apapun, yang aku nampak dalam dirinya dia xkurg layan perempuan. Menjaga solat. Pandai dalam akademik mahupun ajaran agama.
Setiap pertemuan itu membawa hikmah. Xkan datang seseorang itu melainkan memberi kita pengajaran dan hikmah. Allahu Akbar. Biarpun perkenalan ini sementara. Tapi perlakuan dan sikapnya membuka mata hatiku untuk melihat diri ku ini. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment