Tuesday, 9 February 2016

Hamba yang hina



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Aku mulakan catitanku ini dengan cerita diriku. Semoga Allah melindungi aku dari bercakap perkara yang sia-sia.

Siapa aku? Cukuplah cuma kenali aku sebagai cik bahagia. Alhamdulillah kurniaan Allah pada aku selama ni sangat besar tiada bandingannya dan xterbalas kurniaannya. Aku manusia hina lagi berdosa yang sentiasa menzalimi diri semoga aku mendapat keampunanmu ya Allah.

Aku hamba yang tak punya dan miliki apa-apa juga tak mampu untuk berdiri sendiri. Sungguh, kepada Allah tempat aku bergantung. Cerita yang akanku tulis ini tentang hati dan perasaanku saat diuji dengan percintaan. Semoga Allah mengampuniku yang tak putus bermaksiat kepadaNya.

Gambaran diriku, aku seorang yang tidak pandai bergaul dengan orang malah tak pandai bergurau dgn orang lain. Aku seorang yang pendiam sebenarnya. Allah sahaja yang tahu siapa diriku ini. Ahli keluargaku, dan juga rakan-rakanku mengenaliku tetapi tidk mengenaliku sedalamnya.

Aku seorang yang tidak pandai dalam luahan hati dan perasaan . Aku seorang yang suka pendam apa yang aku rasa. sebab bagiku, ada perkara yang kita boleh cerita pada orang. Dan Adakalanya kita hanya perlu diam. kita hanya 'lepaskan' semuanya pada Allah.  Kerana Allah tak pernah mengecewakan hambanya di saat manusia akan lebih mengecewakan kita bila mereka tahu kisah hidup dan rahsia kita. 

Inilah gambaran diriku. Aku, seorang wanita yang hina sering bergelumang dengan maksiat dalam hayat hidupku tapi, Allah masih memanjangkan umurku. Allahu Allah. Ampuniku ya Allah.



No comments:

Post a Comment